Sunday, July 24, 2016

Tanda-Tanda Rumahtangga Terkena Gangguan Sihir

Di dalam sebuah kehidupan berumahtangga, pasti ada pasang dan surutnya kerana tidak ada seorang pun manusia yang sempurna. Ada kekurangan diri bagi pihak suami dan isteri. Apa yang paling penting adalah pegangan asas ugama yang kuat untuk mengharungi hidup berumahtangga yang mengambil masa bukan sehari dua, tetapi sehingga ke hujung nyawa. Setiap impian suami dan isteri...sehingga ke Jannah. Manusia yang merancang tetapi Allah yang menentukan, ada juga badai yang melanda alam rumahtangga,kadang-kadang masalah ini datangnya daripada orang luar atau pihak ketiga yang berkemungkinan menyimpan dendam, marah dan sebagainya untuk memporak perandakan rumahtangga dengan menggunakan sihir.
Terdapat tanda-tanda hubungan suami dan isteri menjadi renggang akibat daripada gangguan sihir atau jin seperti berikut:
1. Pasangan suami atau isteri merasakan tidak tenang atau rimas apabila berada di rumah. Suami/ isteri lebih tenang atau suka berada di luar rumah.
2. Pasangan suami/ isteri berasa tidak gembira dan tidak suka apabila pasangan pulang ke rumah.
3. Pasangan suami/ isteri melihat pasangan mereka tidak menarik/ kusam atau mungkin kelihatan hodoh.
4. Amat mudah untuk bertengkar walaupun perkara yang dibincangkan adalah terlalu remeh.
5. Pasangan suami/isteri mudah panas baran
6. Pasangan suami/ isteri mudah meminta cerai apabila berlaku pergaduhan. Begitu juga pihak suami, mudah untuk melafazkan cerai.
7. Pasangan suami/ isteri sering mengalami mimpi-mimpi buruk.
8. Pasangan suami/ isteri selalu melihat kelibat atau bayangan sesuatu di dalam atau di persekitaran rumah.
9. Pasangan suami/ isteri mengalami penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya seperti sakit kepala, sakit anggota badan dan sebagainya.
10. Pasangan suami/ isteri tidak berminat untuk memenuhi kehendak batin kecuali sekadar menunaikan tanggungjawab apabila pasangan meminta.
Sekiranya mempunyai kebanyakan simptom-simptom seperti yang disebutkan di atas, besar kemungkinan pasangan suami/ isteri itu terkena gangguan sihir atau jin.

Sabun Daun Bidara adalah satu rawatan alternatif yang terbaik kepada orang ramai untuk berikhtiar bagi menyelesaikan masalah dibelenggu gangguan Jin, Sihir, Saka dan masalah Penyakit Kulit akibat daripada pelbagai gangguan. Ia juga menjadi benteng kepada diri kita daripada sebarang gangguan jin atau sihir.

PM/ WhatApps 0192732611
PM/ WhatApps 0192732611
PM/ WhatApps 0192732611

No comments:

Post a Comment