Thursday, January 7, 2016

Sabun Daun Bidara Merawat Gangguan Jin dan Sihir

Salah satu cara yang digunakan di dalam perubatan Islam adalah penggunaan Daun Bidara. Ia adalah secara khususnya digunakan untuk merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin dan sihir.

Daun Bidara amat mujarab bagi masalah gangguan jin dan sihir dan telah diamalkan oleh para Ulama yang terdahulu dan tokoh-tokoh Rawatan Ruqyah sehingga ke hari ini.

Sila lihat dalil-dalil ini:

1.    Disebutkan oleh Abul Hassak Ali Ibn Khalf yang dikenali sebagai Ibn Battal Al-Maliki yang mensyarahkan Sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir:
“(Hendaklah dia mengambil 7 helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya kemudian digaul dengan air lalu dibacakan dengan ayatul Qursi, 3 Qul (ada yang mengatakan 4 Qul termasuk Surah Al Kafirun), kemudian dihirup 3 kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan oleh sihir)

2.    Ibnu Katsir saat menafsirkan Surah Al Baqarah, ayat 102 yang menceritakan fitnah syaitan kepada Nabi Sulaiman menyebutkan bahawa untuk mengubati sihir, sebaiknya kita mengambil 7 helai daun bidara, kemudian ditumbuk halus, lalu dicampurkan tumbukan daun tersebut dengan air, dan dibacakan dengan ayat Qursi.

Berdasarkan dalil-dalil ini, Sabun Mandi berasaskan daun bidara yang telah diruqyahkan iaitu Sabun Daun Bidara Clean Best telah dikeluarkan untuk membantu masyarakat kita daripada gejala masalah gangguan jin dan sihir dengan cara yang sangat mudah dan tidak perlu berbelanja ribuan ringgit.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah gangguan sama ada bayi anda atau anda sendiri, anda boleh menghubungi saya di 0192732611. 

In Shaa Allah Sabun Daun Bidara dapat membantu dengan izin Allah. Tugas kita sebagai hambaNya adalah berikhtiar dan bertawakal.






No comments:

Post a Comment