Di dalam sebuah
kehidupan berumahtangga, pasti ada pasang dan surutnya kerana tidak ada seorang
pun manusia yang sempurna. Ada kekurangan diri bagi pihak suami dan isteri. Apa
yang paling penting adalah pegangan asas ugama yang kuat untuk mengharungi
hidup berumahtangga yang mengambil masa bukan sehari dua, tetapi sehingga ke
hujung nyawa. Setiap impian suami dan isteri...sehingga ke Jannah. Manusia yang
merancang tetapi Allah yang menentukan, ada juga badai yang melanda alam
rumahtangga,kadang-kadang masalah ini datangnya daripada orang luar atau pihak
ketiga yang berkemungkinan menyimpan dendam, marah dan sebagainya untuk
memporak perandakan rumahtangga dengan menggunakan sihir.
Terdapat tanda-tanda hubungan
suami dan isteri menjadi renggang akibat daripada gangguan sihir atau jin
seperti berikut:
1.
Pasangan suami atau isteri merasakan tidak tenang atau rimas
apabila berada di rumah. Suami/ isteri lebih tenang atau suka berada di luar
rumah.
2.
Pasangan suami/ isteri berasa tidak gembira dan tidak suka
apabila pasangan pulang ke rumah.
3.
Pasangan suami/ isteri melihat pasangan mereka tidak menarik/
kusam atau mungkin kelihatan hodoh.
4.
Amat mudah untuk bertengkar walaupun perkara yang dibincangkan
adalah terlalu remeh.
5.
Pasangan suami/isteri mudah panas baran
6.
Pasangan suami/ isteri mudah meminta cerai apabila berlaku
pergaduhan. Begitu juga pihak suami, mudah untuk melafazkan cerai.
7.
Pasangan suami/ isteri sering mengalami mimpi-mimpi buruk.
8.
Pasangan suami/ isteri selalu melihat kelibat atau bayangan
sesuatu di dalam atau di persekitaran rumah.
9.
Pasangan suami/ isteri mengalami penyakit yang tidak dapat
dikesan puncanya seperti sakit kepala, sakit anggota badan dan sebagainya.
10. Pasangan suami/ isteri tidak berminat untuk
memenuhi kehendak batin kecuali sekadar menunaikan tanggungjawab apabila
pasangan meminta.
Sekiranya mempunyai
kebanyakan simptom-simptom seperti yang disebutka di atas, besar kemungkinan
pasangan suami/ isteri itu terkena gangguan sihir atau jin.
Terdapat dua (2) cara
bagi menyelesaikan masalah gangguan sihir dan jin ini iaitu:
1.
Dengan mendapatkan rawatan daripada perawat yang mengamalkan
cara perubatan Islam
2.
Melakukan ikhtiar sendiri dengan tujuan untuk melemahkan dan
seterusnya membatalkan gangguan sihir itu dengan izin Allah.
i.
Pastikan tiada gambar-gambar dan lukisan-lukisan makhluk yang
bernyawa dipamerkan di dinding, meja, almari dan sebagainya di dalam rumah.
Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar-gambar
dan patung-patung yang dipamerkan adalah merupakan tarikan yang amat kuat bagi
jin-jin. Ia juga merupakan sebab yang menjauhkan para Malaikat daripada
mengunjungi rumah kita.
ii.
Elakkan daripada mendengar radio dan televisyen yang membuatkan
kita terlalai daripada mengingati Allah. Ia dapat mengundang kehadiran jin.
iii.
Perbanyakkan amalan ibadah seperti solat sunat tahajud, taubat,
Dhuha dan sebagainya dan perbanyakkan membaca Al Quran.Sentiasa berdoa agar Allah
mengampuni dosa-dosa kita dan mengabulkan segala permohonan. Perbuatan ini akan
menjemput para Malaikat untuk mengunjingi rumah kita.
iv.
Adakan majlis ilmu di rumah dengan menjemput ahli-ahli keluarga,
saudara mara dan rakan taulan untuk sama-sama berkongsi tentang ajaran Islam. Allah
amat menyukai hamba-hambaNya berkumpul untuk menuntut ilmu dan para Malaikat
amat menyukai majlis-majlis ilmu.
Selain daripada
melakukan dua (2) perkara ini, sesiapa yang merasakan diri terkena gangguan
sihir dan jin boleh mencuba rawatan alternatif yang telah diguna pakai oleh
Alim Ulama yang terdahulu iaitu dengan menggunakan Sabun Daun Bidara sebagai
benteng daripada sebarang gangguan.
Sabun
Daun Bidara adalah satu rawatan alternatif yang terbaik kepada orang ramai
untuk berikhtiar bagi menyelesaikan masalah dibelenggu gangguan Jin, Sihir,
Saka dan masalah Penyakit Kulit akibat daripada pelbagai gangguan. Ia juga
menjadi benteng kepada diri kita daripada sebarang gangguan jin atau sihir.
Jika anda ingin mencuba
rawatan dengan menggunakan Sabun Daun Bidara, anda boleh hubungi saya:
PM/ WhatApps 0192732611
PM/ WhatApps 0192732611
PM/ WhatApps 0192732611
Klik & Like Page:
*** Terima kasih kepada
Abu Zulfiqar dan Sumber Lain daripada internet ***
No comments:
Post a Comment