Walaupun jin dan syaitan
mempunyai kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, tetapi Al Quran dengan
tegas menyatakan bahawa hakikat yang sebenarnya ialah jin dan syaitan serta
tipu daya mereka itu adalah lemah. Berikut adalah kelemahan-kelemahan jin dan
syaitan:
1. Jin & Syaitan tidak dapat mengalahkan
orang-orang yang soleh
Ia telah dinyatakan di dalam
Surah Al Hijr, ayat 39 dan 40 di mana Jin & Syaitan tidak dapat mengalahkan
orang-orang yang kuat berpegang kepada perintah Allah S.W.T.
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ
أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan
bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan
maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
(Al Hijr: 39)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".
(Al Hijr:40)
·
Mukhlis
adalah orang-orang yang teleh diberi taufik untuk mentaati segala petunjuk dan
perintah Allah S.W.T.
Oleh sebab itu, sama-samalah kita memperbaiki keimanan kita kepada Allah
agar Allah sentiasa memberikan kita taufik dan hidayah untuk kekal istiqamah
mengikuti segala perintahNya.
2. Jin takut dan taat kepada Nabi Sulaiman
Allah telah mengurniakan
mukjizat kepada Nabi Sulaiman di mana Nabi Sulaiman dapat menakluki jin dan
syaitan sehingga semuanya taat dan melakukan semua kerja atas perintahnya.
Ia telah ditegaskan
berdasarkan Ayat Suci Al Quran:
فَسَخَّرْنَا لَهُ الرِّيحَ تَجْرِي بِأَمْرِهِ رُخَاءً حَيْثُ أَصَابَ
Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik
menurut ke mana saja yang dikehendakinya,
(Surah Shad: 36)
وَالشَّيَاطِينَ كُلَّ بَنَّاءٍ وَغَوَّاصٍ
dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli
bangunan dan penyelam,
(Surah Shad: 37)
وَآخَرِينَ مُقَرَّنِينَ فِي الْأَصْفَادِ
dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu.
(Surah Shad: 38)
Mukjizat ini telah diberikan
kepada Nabi Sulaiman atas doanya seperti di dalam ayat Al Quran di bawah:
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي
ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku
kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Pemberi".
(Surah Shad: 35)
Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah
tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka
beliau. Dalam sebuah hadits Muslim dikatakan:
“Dari Abu Darda berkata : “Suatu hari Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah
mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak
tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang
menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai shalat, kami bertanya: “Wahai
Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami
dengar sebelumnya. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda”.
Rasulullah menjawab: “Barusan Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api
untuk ditancapkan di muka saya, lalu aku berkata: “Aku berlindung kepada Allah
darimu” sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berakata: “Allah telah
melaknatmu dengan laknat yang sempurna” sebanyak tiga kali. Kemudian saya
bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami,
Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak
penduduk Madinah” (HR. Muslim).
3. Syaitan takut dan lari daripada
sebahagian hamba Allah yang teguh keimanannya kepada Allah
Apabila seorang Islam
betul-betul patuh dan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan melaksanakan
setiap perintah Allah serta sentiasa memperbaiki keimanannya kepada Allah
setiap masa, syaitan akan menjadi takut dan lari.
Syaitan amat takut kepada
sahabat Rasulullah SAW, Umar Al Khattab r.a. di atas ketaqwaannya yang tinggi
kepada Allah SWT.
Dalam sebuah hadis riwayat
Imam Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda kepada Umar Al Khattab r.a.
“Sesungguhnya syaitan amat
takut kepadamu, wahai Umar”
(HR. Tirmidzi)
Syaitan bukan sahaja takut
kepada Umar Al Khattab r.a. tetapi juga kepada seorang Islam yang benar-benar
taat dan beriman dengan teguh kepada Allah. Di dalam Al Bidayah Wan Nihayah, Ibnu
Katsir pernah mengutip sebuah hadis seperti berikut ini:
“Sesungguhnya orang mukmin
akan dapat mengawal (mengalahkan) syaitan sebagaimana salah seorang daripada
kalian yang dapat mengawal untanya ketika di dalam perjalan”
(HR. Ahmad)
Setiap manusia disertai
dengan syaitan (Jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat atau sering disebut
sebagai qarin masuk Islam di sebelah kanannya. Apabila seorang Islam itu
benar-benar soleh, dia dapat membawa qarinnya. Perkara ini telah disebutkan
dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:
“Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta)
daripada jin dan seorang qarin (penyerta) daripada malaikat.
Para sahabat bertanya:
Apakah termasuk Anda wahai Rasulullah SAW?
Rasulullah SAW menjawab: Ya,
termasuk saya, hanya Allah sahaja menolong saya sehingga jin itu masuk Islam.
Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan”
(HR. Muslim)
4. Jin dan syaitan tidak dapat menyerupai
Rasulullah SAW
Syaitan dan jin tidak dapat
menyerupai bentuk dan rupa Rasulullah SAW. Oleh sebab itu, apabila seseorang
bermimpi bertemu Rasulullah SAW, maka sesungguhnya dia benar-benar bertemu
Rasulullah SAW seperti mana yang tersebut di dalam hadis sahih:
“Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku kerana
syaitan tidak dapat menyerupaiku”
(HR. Muslim)
5. Jin dan syaitan tidak dapat melewati
batas-batas tertentu di langit
Walaupun jin dan syaitan
mempunyai kelebihan bergerak dengan pantas, tetapi mereka tidak dapat melewati
batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah untuk mereka. Jikalau mereka cuba
untuk melepasi batas-batas yang telah ditetapkan, mereka akan binasa dan
hancur.
Disebabkan oleh batasan ini,
jin dan syaitan tidak dapat mencuri maklumat daripada langit untuk disebarkan
dengan tujuan yang jahat. Apa jua yang mereka bisikkan kepada tukang-tukang
ramal dan bomoh adalah bohong semata-mata.
Untuk lebih jelas dengan hal
ini, ia terdapat di dalam Al Quran:
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ تَنْفُذُوا مِنْ
أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانْفُذُوا ۚ لَا تَنْفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ
33. Hai jama'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi)
penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali
dengan kekuatan.
(Surah Ar Rahman: 33)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
34. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Surah Ar Rahman: 34)
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِنْ نَارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنْتَصِرَانِ
35. Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyala api dan cairan
tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (dari padanya).
(Surah Ar Rahman: 35)
6. Jin tidak dapat membuka pintu yang telah
ditutup dengan menyebut nama Allah
Di
dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Tutuplah
pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak
akan membuka pintu yang sudah terkunci dengan menyebut nama Allah. Tutuplah
juga tempat air minuman (qirab dalam Bahasa Arab adalah tempat menyimpan air
minuman yang diperbuat daripada kulit binatang) dan bejana-bejana kalian (untuk
masa sekarang seperti almari dan lain-lain) sambil menyebut nama Allah,
meskipun kalian hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur),matikanlah lampu-lampu
kalian.”
(HR.
Muslim)
Sebagai seorang Islam, kita
harus menggunakan segala kelemahan-kelemahan jin dan syaitan ini untuk
melindungi diri kita dan keluarga dan istiqamah untuk terus meningkatkan keimanan kita kepada Allah dengan
menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Walahuallam.
Klik & Share Page untuk info lanjut:
No comments:
Post a Comment