Menurut penerangan Ustaz
Ahmad Dasuki Abd Rani, Pendakwah bebas, Jin memang suka memikat manusia,
terutamanya wanita yang suka bersolek dan mendedahkan aurat.
Jin tidak akan datang menganggu
seseorang kecuali apabila dia sudah terpikat. Jin itu akan cuba untuk memasuki
tubuh seseorang itu dan bersarang di dalamnya. DIa akan memilih seseorang yang
lemah semangat dan tiada pendinding diri untuk dipikat.
Siapakah
mereka yang tiada pendinding diri?
Mereka adalah orang-orang
yang telah melupai Allah dan menjauhi Al Quran. Inilah orang-orang yang mudah
dipengaruhi oleh jin.
Ustaz Dasuki menyatakan
terdapat 18 sebab jin merasuk manusia:
1.
Apabila manusia meringankan solat dan tidak
mentaati perintah Allah
2.
Terdapat alat muzik atau alat yang melalaikan
di dalam rumah
3.
Meninggikan suara di dalam bilik air
4.
Menangis dan merintih sebelum tidur
5.
Membuang air panas ke dalam bilik air
6.
Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7.
Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8.
Perasaan yang terlalu takut atau gembira yang
berlebihan seperti ketawa terbahak-bahak
9.
Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau
marah
11. Mengikut
hawa nafsu
12. Terdapat
gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat
lambing salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri
majlis yang melekakan tanpa menyebut nama Allah
15. Perempuan
yang suka bersolek
16. Berlaku
sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin
jatuh cinta kepada manusia
18. Suka
membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir
Ustaz Dasuki juga memberikan
beberapa tanda manusia dirasuk jin:
1.
Sukar tidur malam
2.
Hati berdebar-debar terutama pada waktu senja
atau perasaan resah yang tidak menentu
3.
Mimpi yang menakutkan berulang-ulang kali
seperti melihat anjing hitam, ular, kucing, manusia pelik, dibawa ke kubur atau
diusung ke tempat yang mengerikan
4.
Malas beribadah seperti solat, berzikir
5.
Selsema yang berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus
6.
Selalu sakit pada bahagian-bahagian tertentu tetapi tidak dapat dikesan oleh doctor
7.
Sakit kepala yang berpanjangan terutama pada
waktu senja
8.
Otak lemah
9.
Tidak sedar diri
10. Telinga
berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu
Jika anda ingin mencuba rawatan dengan
menggunakan Sabun Daun Bidara, sila klik dan Like Page FB https://www.facebook.com/SihatCergasdanAktifSepanjangHari/
No comments:
Post a Comment