Monday, May 23, 2016

Anda Berada Di Dalam Kategori Mana?

Satu analogi yang baik untuk kita renungkan bersama-sama untuk kebaikan diri dan mendapat keberkatan hidup sebagai pasangan suami isteri walau di dalam apa jua situasi...

Apabila hubungan pasangan suami isteri adalah rapat dengan Allah...sentiasa mematuhi apa yang diperintahkan oleh Allah,i,e, tidak meninggalkan solat, membaca Al Quran, sentiasa berzikir dsb. Maka dengan sendirinya hubungan mereka akan dekat di antara satu sama lain. Mereka akan menjadi kuat di dalam keadaan yang senang atau susah.

Tetapi, apabila hubungan pasangan suami isteri jauh daripada Allah...lalai dengan kesibukan dunia. Maka dengan sendirinya hubungan mereka pasangan suami isteri semakin menjauh antara satu sama lain.

Anda berada di dalam kategori yang mana?

Jika merasakan diri semakin jauh daripada Allah, kembali kepadaNya kerana Dia Maha Pengampun.

Klik & Like Page di bawah untuk lebih info:


No comments:

Post a Comment